Wednesday, February 21, 2007


Dari pandangan orang lain...aku dilihat sebagai tengah tekun buat kerja..berkerut-kerut dahi aku kononnyer strees buat keje...seperti ada sesuatu yang perlu diselesaikan dengan segera..Hakikatnya~aku tengah conteng blog akulah! Muahahahahaampehsss...

Tuesday, February 20, 2007

Anak?



Bangga ker jadi anak? atau bangang jadi anak yang derhaka macam si tanggang! susah sangat ker nak jaga hati seorang ibu sehinggakan lalai untuk menjalankan kewajipan seorang anak..?Susah jer melahirkan seorang anak tapi senang-senang sajer nak buang emak?? patutnya daripada kecik anak itu patut dibuang!kenapa perlu dendam dengan orang tua sendiri bila orang tua tue lah yang bersusah payah nak bela anak! anak perlu sayang emak dan bapak..bukan pulak anak ajar emak bapak cara hidup!!emak bapak yang dah ngajar anak-anak hidup..ajar anak tue bercakap,berdiri dan berlari,bagi pendidikan tinggi, bagi makan-makanan yang sedap-sedap dan berkhasiat tapi anak?? nak ucap terima kasih pun payah sekali sebaliknya membentak ikut hati!!

Kerana Cinta emak & ayah, lahirnya anak kedunia..tapi kerana cinta! anak membuang emak dan ayah jauh daripada kehidupannya!mengejar cinta agong konon! Ptoih!!..cinta taik kucing!Cinta yang mengundang nafsu jahat! cinta yang membutakan dirimu kerana mencari pintu kebebasan konon..Terpulanglah kepada kau sang anak! tuhan tak bagi cash kat dunia tapi akhirat kau tanggung sendirilah!

Balik kampung!


Raya cina buat apa?
lepak rumah jer..
paling jauh pun pegi klcc window shopping..
apasal tak balik kampung?
tiket habislaa..
malas nak bersesak..
tunggu jerlah hujung minggu nie..
baru aku nak balik kampung..
jumpa mak dan adik-adik aku disana..
rindunyeeeee........

Saturday, February 17, 2007

Gitar Hati!




bersama gitar kapuk..
kau berlagu seorang diri..
dalam kebosanan dan penyesalan..
kau masih menyendiri..
tak tahu kemanakah lagi..
hendak kau campakkan egomu itu..
kuintai dari jauh..
berantakan gelisahmu..
hanya tuhan yang tahu..
tanpa aku..
tanpa dia..
kau masih begitu..
masih sepi sendiri..

kesian....

Thursday, February 15, 2007

Tentang Bulan!

Pandanglah nun di atas sana..
Bulan menyanyi..
Bintang menari..
Bulan tersenyum..
Bintang tertawa..
Bulan bercanda..
Bintang gembira..
Bulan bercahaya..
Bintang berkelipan..
suka duka bulan dan bintang..
bersatu nun diatas sana
yang dibawah hanya mendongak..
yang diatas hanya memandang..
bulan bintang jadi saksi percintaan..
isi alam menjadi saksi bulan dan bintang..

hilang sudah..
teman bicara..
teman suka..
teman duka..
hilang sudah..
tiap kata..
tiap suka
tinggal duka...
hilang?

Bosan?

Kebosanan melanda diri...
Blur..
Fed-up..
Tension..
Bohsan..
Boring...
Bengong..
Stupid..
Hampeh...