Monday, January 22, 2007

Diet!


....Yahooooo!!! esok aku akan pegi interbiu..moga-moga apa yang aku hajatkan akan tercapai...exceli aku dah muak dah keje kat sini..bosan dengan enviroment kat sini dan bosan jugak dengan boss aku yang kerek tue..dah ler kerek, kerak nasik pulak tueh!arggh..aku takmoh ler citer pasai keje lagi..aku nak citer pasal plan diet aku..huhuhu..ada perubahan laa sikit.. aku tak start jogging lagi tapi aku dah start kontrol makan nasik..kengkawan aku nampak pelik jer bila aku cakap aku tengah diet..diaorang tanya aku nak kurus camana lagi?? aku cuma senyum! entahler...aku pun tak tau ler apasal pompuan suka sangat nak nampak kurus? even dah kurus nak kurus lagi? pada akulah kan..perempuan memang lorat untuk kurus untuk nampak sentiasa muda dan cantik..bila dah kurus barulah confident nak borak dengan orang... untuk aku, aku diet supaya masa hari persandingan aku nanti baju yang aku pakai nampak cantik! :)
Terpulanglah kat mana-mana perempuan nak kurus camana pun asalkan tak memudaratkan kesihatan...


makan hari nie??
pagi* roti bakar + milo
tengahari* makan apel + air suam
malam* bubur seafood + air suam

Friday, January 19, 2007


...Dah hari jumaat dah pun..pejam celik,bukak katup,terkelip-kelip dah sampai pun hujung minggu..memang waktu yang aku nantikan setiap detik dan saat..kerana aku suka sangat gulink-gulink kat atas tilam aku yang empuk tueh.. :) .... kerana gulink-gulink selalu kat atas tilam tue lah membuatkan badan aku naik mendadak!!! Buwekkk..tak cantik ler kalau dah berisi nie..macam gergasi pun ada! Almaklumlah aku nie ikut baka arwah bapak aku..tinggi!!!

...So, sekarang nie aku dah ambik keputusan untuk monitor diet aku melalui blog nieh! Aku akan rekodkan segala apa yang aku telan dan aktiviti apa yang aku buat sepanjang hari... Bukan apa... Sekadar nak memotivasikan diri sendiri.. Dah bermacam cara aku dah cuba tapi cara nie belum praktis lagilaa... Alangkah besh nyeeerr kalau cutting body macam kristin kreuk!Dah ler cute, slim & steady pulak tue!! jelesnyer aku...

.... So, hari nie aku telan apa erk? buat apa erk?
  • Pagi makan maggie goreng & Nescafe Ais..tengahari..kuih pelita 2 bijik, kuih bingka sebijik,karamel puding sebijik,pulut panggang sebijik,bubur jagung semangkuk & Air laici...Malam x makan apa sebab dah kenyang!
  • Rootcauses Analysis ; Wrong!!!#sepatutnyer tak leh makan benda berminyak & Ais batu!!Tak boleh makan manis-manis!Hemmmm..Patutler lemak-lemak berlebihan..issshhkk!
  • Corrective Action ; Hemmmmmm...sepatutnyer aku kena makan roti dengan susu rendah lemak untuk sarapan pagi atau bijiran oat..tengahari makan nasi setengah senduk, ikan goreng dan sayur..malam makan biskut!
  • Disposition ; segala corrective action akan diambil tindakan dengan segera, maka secara otomatik menu tue akan jadi menu aku untuk esok!

Esok gi jogging jugak lah!! semoga aku berjayaaa!!




Thursday, January 18, 2007



Wah!! Tetiba jer aku rasa excited nak update blog nie...exceli tangan aku nie nak menconteng kat dalam blog yang 'tue'..jenguk jugak kejap tadi, belek-belek apa yang patut..Dan jenguk-jenguk blog buddies aku selama ini..hampagas..semuanya sunyi sepi jer..hilang excited aku untuk bercerita dan membebel kat ruang tue lagi...blog tue memang ramai pengunjungnya almaklumler blog tue boleh access thru mobile..free of charge pulak tue..hehehe..mana tak ramainya..tapi sekarang nie dah kena cazz pulak..sunyi sepilaa..aku???sunyi ker sepi ker memang aku suka conteng blog..tapi sekarang x lagi disitu kerana kusudah berkecik hati..sebab apa?? sebab aku dah kecik hati lah!!!

Wednesday, January 17, 2007

conteng!


Well..this is my first entry..sengaja aku buat layout yang sempoi & bila ada masa nanti aku upgrade ler.. exceli, tujuan aku buat blog nie adalah unttuk melarikan diri daripada blog kesayangan aku lagi satu tue..apa erk? biarlah rahsia..Dulunya..aku selalu menghabiskan masa kat dalam blog tue..tapi sekarang, aku akan tinggalkannya kesepian..sedih jugak..tapi nak buat macammana kan..disebabkan hasad dengki orang lain membuatkan aku lari menyorok disini..

menyorok dari sorotan mata sang pendengki yang amat sangat..tak kuasa aku nak layan pompuan gila tue lagi..Biarlah aku bertapak disini moga aku dapat tinggalkan kesan sejarah untuk cucu cicit aku nanti..dan disini akan bermula satu ceritera seperti disebalik malam..hehehe..gempak jer tue..kerana hidupku yang berwarna-warni maka akan kulukiskan setiap kenangan disini..moga kenangan akan tetap abadi disini selamanya..amin..

Potong Riben!


Testing..Testing...Testing...Alif ..Baa..Taa..Pak aji mata buta...
Dengan Segala rasminya aku merasmikan blog baru aku nie!!
potong riben!!