Friday, January 19, 2007


...Dah hari jumaat dah pun..pejam celik,bukak katup,terkelip-kelip dah sampai pun hujung minggu..memang waktu yang aku nantikan setiap detik dan saat..kerana aku suka sangat gulink-gulink kat atas tilam aku yang empuk tueh.. :) .... kerana gulink-gulink selalu kat atas tilam tue lah membuatkan badan aku naik mendadak!!! Buwekkk..tak cantik ler kalau dah berisi nie..macam gergasi pun ada! Almaklumlah aku nie ikut baka arwah bapak aku..tinggi!!!

...So, sekarang nie aku dah ambik keputusan untuk monitor diet aku melalui blog nieh! Aku akan rekodkan segala apa yang aku telan dan aktiviti apa yang aku buat sepanjang hari... Bukan apa... Sekadar nak memotivasikan diri sendiri.. Dah bermacam cara aku dah cuba tapi cara nie belum praktis lagilaa... Alangkah besh nyeeerr kalau cutting body macam kristin kreuk!Dah ler cute, slim & steady pulak tue!! jelesnyer aku...

.... So, hari nie aku telan apa erk? buat apa erk?
  • Pagi makan maggie goreng & Nescafe Ais..tengahari..kuih pelita 2 bijik, kuih bingka sebijik,karamel puding sebijik,pulut panggang sebijik,bubur jagung semangkuk & Air laici...Malam x makan apa sebab dah kenyang!
  • Rootcauses Analysis ; Wrong!!!#sepatutnyer tak leh makan benda berminyak & Ais batu!!Tak boleh makan manis-manis!Hemmmm..Patutler lemak-lemak berlebihan..issshhkk!
  • Corrective Action ; Hemmmmmm...sepatutnyer aku kena makan roti dengan susu rendah lemak untuk sarapan pagi atau bijiran oat..tengahari makan nasi setengah senduk, ikan goreng dan sayur..malam makan biskut!
  • Disposition ; segala corrective action akan diambil tindakan dengan segera, maka secara otomatik menu tue akan jadi menu aku untuk esok!

Esok gi jogging jugak lah!! semoga aku berjayaaa!!




No comments: