Tuesday, February 13, 2007

Valentine Day..




Bestlah bagi orang yang bercouple..apatah lagi kalau baru nak menyemai cinta..masa nielah coklat-coklat laku dan habis dijual..dan masa nie jugak harga bunga-bunga melonjak tinggi..apa yang bestnyer sangat valentine day nie? sebagai umat islam tak patut laa kita nak sambut benda alah nie, tapi korang tau tak hati perempuan akan mudah tersentuh bila korang hadiahkan sekuntum bunga mawar merah ditangan..perempuan akan rasa touching dan rasa romantiknyeee lah dapat boyfreind macam tue..terasa diri disayangi dan dihargai sangat-sangat..


Bagi diri aku, aku tak sambut pun valentine nie, tapi entahlaa..aku suka sangat mengusik si dia bila hari valentine day..masa tuelah aku dapat menguji dia samada dia sayang kat aku ke tak?
masa valentine day, aku selalu merengek-rengek nak bunga...tapi dia buat dek jer sebab katanya tak elok sambut valentine day nie..hukumnyer haram..maka hari-hari valentine yang berlalu akan berlalu begitu sahaja..Tapi, satu hari tue masa valentine day, aku berdiri depan kedai bunga, aku amik sejambak bunga ros kuning dan merah, pastu aku suruh dia bayar..hahaha...merah betoilaa muka dia masa tue..


Tanpa bunga, tanpa coklat, tanpa cincin, tanpa hadiah lain dihari valentine day adakah itu bermakna cinta tiada dihati? aku selalu bertanya pada sang hati, aku selalu mengeluh sendiri...masih sayang kah dia seperti dulu-dulu aku kenali dia?termenung aku seorang diri...ceewah!


Semalam, seperti biasa selepas dia hantar aku balik keje, aku mengeluh lapar..."Nanti abang hantar kan nasik yea Sayang..." macam tak caya jer dia bahasakan dirinya dengan 'abang'..
tersenyum-senyum aku memandang mukanya... biar betik! selalunya ber'saya' ber'awak' jer...
Wah!! makin romantiknyer dia......Tanpa bunga, tanpa coklat, tanpa cincin, tanpa hadiah lain dihari valentine day adakah itu bermakna cinta tiada dihati?
hati makin sayang tanpa semua itu sekalipun..Tiap hari makin sayanglah!

Pagi tadi aku usik dia lagi..aku msg dengan dia 'balik nanti jangan lupa bagi bunga ross tau!'
dia balas balik'bunga free ada kat cameron highland la..jauhla'
huh! aku mengeluh lagi...Tanpa bunga, tanpa coklat, tanpa cincin, tanpa hadiah lain dihari valentine day adakah itu bermakna cinta tiada dihati?


No comments: